Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V21 Artic White kini ditawarkan pada harga RM 1,599

Vivo V21 Artic White kini ditawarkan pada harga RM 1,599 5
Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Vivo V21 edisi Artic White kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM 1,599.

Vivo V21 hadir dengan skrin paparan AMOLED 90Hz berukuran 6.44-inci, pemproses MediaTek Dimensity 800U (4G), 8GB RAM + 3GB Extended RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Vivo V21 juga hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 44MP yang juga mempunyai OIS seperti sensor utama.

Vivo V21 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 33W.

Vivo V21 Artic White kini ditawarkan pada harga RM 1,599 6

Vivo V21 Artic White ini boleh dibeli di semua stor konsep vivo, pengedar rasmi, vivo E-store, dan stor flagship vivo di Shopee dan Lazada,

Setiap pembelian Vivo V21 Artic White juga akan menerima tambahan 1 tahun jaminan waranti, 1 tahun waranti skrin dan pengering rambut Khind yang mempunyai keseluruhan RM 445 secara percuma (sehingga 31 Julai 2021).

Baca : ULASAN : Vivo V21 – Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik di Pasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.