Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11 dengan skrin 120Hz dan Snapdragon 865 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu lagi tablet syarikat ini iaitu HUAWEI MatePad 11 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

HUAWEI MatePad 11 telah dilancarkan bersama-sama HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan MatePad 10.8 di pelancaran HarmonyOS bulan lalu.

HUAWEI MatePad 11 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci iaitu panel IPS LCD dengan resolusi  2,560 x 1,600 dan kadar segar semula 120Hz.

Tablet ini juga menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 juga hadir bateri berkapasiti 7,250mAh yang menyokong pengecasan pangas 22.5W dan tablet ini juga mempunyai sokongan untuk HUAWEI M-Pencil 2 dan Smart Magnetic Keyboard khas untuk model ini.

Buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi HUAWEI MatePad 11 diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.