Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MySejahtera – Berikut adalah cara yang mungkin membantu anda mendapatkan temujanji vaksin Covid-19


Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini beralih ke fasa yang amat penting untuk negara mencapai imuniti kelompok tidak lama lagi.

Menurut penyelaras program PICK, Khairy Jamaluddin, bulan Julai akan menyaksikan kadar purata vaksinasi harian ditingkatkan lagi kepada 300,000 dos sehari.

Selain itu, 18% populasi negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan iaitu jauh lebih tinggi berbanding hanya 5.9% pada bulan Mei.

Dalam pada itu, vaksinasi bagi golongan warga emas yang mendaftar untuk vaksin dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang akhir bulan Julai yang juga bermaksud akan bermulanya fasa ketiga program PICK.

Sehubungan dengan itu, Malaysia juga dijangka akan menerima sekitar 12 juta dos vaksin Covid-19 dan ianya juga termasuk vaksin CanSino  yang hanya memerlukan satu dos suntikan yang amat penting bagi memudahkan proses vaksinasi kepada masyarakat yang tinggal di pedalaman dan pelarian.

Akhir sekali jika anda masih belum berdaftar bagi mendapatkan vaksinasi, anda boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera atau di laman web https://www.vaksincovid.gov.my.


Selain itu, jika anda sudah lama berdaftar namun masih belum menerima temujanji vaksin Covid-19, anda boleh mencuba cara ini yang mungkin membantu anda mendapatkan temujanji namun ianya bergantung kepada fasa vaksin semasa.

  1. Pergi ke aplikasi MySejahtera
  2. Tekan Covid-19 Vaccination
  3. Tekan Covid-19 Vaccine Information
  4. Tekan Helpdesk
  5. Tekan Start dan Tekan L ‘other queries?’
  6. Tekan E ‘other issue’
  7. Tulis isu yang dihadapi contoh ‘saya telah berdaftar sejak 23 Februari namun masih belum menerima temunjanji vaksinasi’.
  8. Selesai

*kemaskini : JKJAV mendakwa segala aturan janji temu adalah secara automatik dan tiada jalan pintas seperti di atas 🤦🏼‍♂️

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.