Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme dilaporkan akan berkerjasama dengan Kodak pada telefon pintar flagship akan datang


Minggu lalu kami ada melaporkan mengenai perancangan realme untuk melancarkan realme GT Master Edition dan kini telefon pintar Master Edition juga dikatakan akan hadir dengan kolaborasi pertama dengan syarikat fotografi terkemuka dunia.

Naib presiden realme, Xu Qi Chase juga telah memuatnaik satu gambar yang diambil menggunakan telefon pintar realme misteri yang mana ‘watermark’ gambar ini kaburkan.

Berdasarkan pelbagai info di Weibo, realme dikatakan bakal berkerjasama dengan jenama fotografi ikonik Kodak dan telefon pintar pertama yang hadir dengan sistem kamera ini dikatakan sebagai realme GT 5G Master Ediiton.

Buat masa masih belum ada pengesahan rasmi daripada realme namun kebelakangan ini banyak syarikat telefon pintar mula menjalinkan kerjasama dengan syarikat fotografi untuk meningkatkan kualiti sistem kamera mereka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.