Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy F22 akan dilancarkan pada 6 Julai ini


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy F22 akan dilancarkan pada 6 Julai ini dan pengesahan ini telah dibuat di laman web Samsung India.

Samsung India telah membuka satu laman promosi Samsung Galaxy F22 yang mendedahkan maklumat spesifikasi dan reka bentuk telefon pintar ini.

Samsung Galaxy F22 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 90Hz yang mempunyai resolusi HD+, sensor quad-kamera 48MP dan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Selain itu, Samsung Galaxy F22 dikatakan sebagai  Samsung Galaxy A22 yang dijenama semula dan ini bermaksud kita mungkin menyaksikan telefon pintar ini hadir dengan cip Helio G80, sensor capjari dibahagian sisi dan pengecasan pantas 15W.

Selain itu, Samsung Galaxy F22 juga akan hadir dengan kamera selfie 13MP manakala sensor 48MP pada bahagian belakang juga akan disertakan dengan sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.