Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan memiliki sensor ultrawide yang mempunyai autofocus


Apple telah mula menawarkan sensor kamera ultrawide pada iPhone sejak 2019 namun satu kekurangan utama sensor ini adalah ianya tampil dengan pemfokusan tetap (fixed focus)

Walaubagaimanapun, penganalisa Ming-Chi Kuo mendakwa Apple iPhone 13 Series dilihat bakal menampilkan sensor ultrawide yang mempunyai ciri pemfokusan auto.

Didalam memo kepada pelabur, Kuo mendedahkan bahawa hanya Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max sahaja akan menampilkan sensor ultrawide baharu namun model bukan Pro hanya akan menerima sensor ultrawide ini pada edisi 2022.

Dalam pada itu, sensor ultrawide dengan pemfokusan auto adalah lebih baik kerana ianya mampu memberikan hasil gambar yang lebih teliti diaalam semua senario manakala sensor ultrawide dengan pemfokusan tetap hanya mampu menghasilkan gambar yang baik pada jarak yang sempurna.

Apple iPhone 13 Series dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2021 dengan beberapa spesifikasi baharu seperti skrin paparan ProMotion 120Hz, sensor kamera yang lebih besar dan reka bemtuk notch yang lebih kecil.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.