Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi dikatakan sedang membangunkan telefon pintar flagship dengan sensor kamera 192MP


Samsung dilaporkan sedang membangunkan sensor kamera 200MP dan terdapat kemungkinan tinggi bahawa Xiaomi akan menjadi syarikat pertama untuk menggunakan sensor kamera ini.

Sensor ini akan mempunyai resolusi 192MP dengan sokongan teknologi pixel binning 16-in-1 yang memberikan output gambar 12MP.

Selain itu, kuasa pemprosesan yang diperlukan untuk sensor ini adalah tinggi dan ianya akan dibekalkan oleh cip SM8450 atau Snapdragon 895.

Qualcomm Snapdragon 888 Plus 5G diumumkan secara rasmi di MWC 2021

Snapdragon 895 akan diperbuat daripada proses fabrikasi 4nm yang terdiri daripada teras Kyro 780, GPU Adreno 730, ISP Spectra 680 dan modem 5G X65.

Selain daripada itu, masih belum jelas siri telefon pintar mana yang akan menampilkan model ini namun dengan penggunaan cip Snapdragon 895 bersama sensor 200MP, ianya akan menjadi peranti flaghip yang premium seperti Mi 11 Ultra.

Walaubagaimanapun, telefon pinyar ini dijangka hanya akan dilancarkan sekitar lewat tahun ini atau pada awal tahun 2022 seperti pada Xiaomi Mi 11 namun ianya bergantung kepada pelancaran cipset Snapdragon 895 ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.