Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic3 Series disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 888 Plus 5G


Lewat malam tadi, Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan Snapdragon 888 Plus dan beberapa syarikat pengeluar telefon pintar juga telah mengesahkan akan melancarkan telefon pintar dengan cipset baharu ini seawal suku ketiga tahun ini.

Qualcomm Snapdragon 888 Plus 5G diumumkan secara rasmi di MWC 2021

Presiden Product Line di Honor, Fang Fei telah mengesahkan bahawa cip Snapdragon 888+ ini akan digunakan pada siri telefon pintar Honor Magic3.

Ini bermaksud telefon pintar Honor Magic3 Series akan tampil dengan prestasi terbaik dipasaran yang meliputi semua jenis pengguna.

Pengumuman ini adalah sesuatu yang besar bagi Honor yang kini sudah menjadi satu jenama asing daripada Huawei yang memberikan syarikat ini akses kepada teknologi dari Amerika Syarikat seperti cip keluara Qualcomm dan Google Mobile Services.

Jika Honor Magic3 Series memasuki pasaran antarabangsa, telefon pintar ini dijangka akan memberikan persaingan kompetitif kepada telefon pintar flagship lain dipasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.