Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A7 Lite akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699

Selain Samsung Galaxy A22 5G, Samsung juga akan menawarkan tablet mampu milik Galaxy A7 Lite ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir pada harga RM 699 sahaja.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 8.71-inci dengan resolusi 1340 x 800.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 Lite hadir dengan pemproses MediaTek Helio P22T, GPU PowerVR GE8320, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Dari segi kamera, Galaxy Tab A7 Lite juga memiliki satu sensor 8MP dibahagian belakang dan satu sensor 2MP dibahagian hadapan untuk panggilan video dan selfie.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy A7 Lite ini adalah bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas 15W, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite boleh dipra-tempah di Mobile2Go sekarang pada harga RM 699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.