Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy MWC Virtual Event akan berlangsung pada 28 Jun ini

Samsung Galaxy MWC Virtual Event akan berlangsung pada 28 Jun ini 3
Selepas membatalkan penyertaan fizikal pada 
MWC 2021, Samsung telah mengesahkan bahawa  akan mengadakan Samsung Galaxy MWC Virtual Event pada 28 Jun ini dan ianya akan di strim secara langsung melalui YouTube Samsung Mobile.

Berdasarkan gambar yang disertakan bersama pengumuman ini, Samsung dijangka akan memperkenalkan eksosistem peranti Galaxy yang semakin berkembang dan generasi terbaru jam pintar Galaxy Watch.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa MWC Virtual Event mungkin hanya menjadi pentas untuk syarikat gergasi Korea ini bercakap memgenai strategi produk dan teknologi yang akan ditawarkan pada peranti Galaxy yang akan datang.

Kebiasaanya, majlis pelancaran utama Samsung akan dikenali sebagai Samsung Unpacked dan pelancaran rasmi peranti Samsung baharu mungkin berlaku tidak lama lagi.

Anda boleh menyaksikan Samsung Galaxy MWC Virtual Event di YouTube Samsung atau di www.mwcbarcelona.com ( Majlis Pelancaran akan berlangsung sekitar jam 1.15 pagi waktu Malaysia).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.