Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999


HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999 9
HUAWEI MatePad Pro 12.6 kini telah mula ditawarkan  pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 3,999.

Jika anda terlepas promosi pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro 12.6 yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, anda tidak perlu gusar kerana HUAWEI yang menawarkan hadiah percuma dengan pembelian tablet terbaru syarikat ini.

HUAWEI menawarkan hadiah percuma bernilai RM 1,238  yang termasuk HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-2), HUAWEI Smart Magnetic Keyboard,  50GB HUAWEI Cloud Storage untuk 3 bulan dan akses HUAWEI Video VIP untuk 1 bulan.

Menyentuh serba sedikit spesifikasi HUAWEI MatePad Pro 12.6 ini, ianya hadir dengan skrin paparan OLED pada resolusi 2560×1600 yang mempunyai kadar segar semula 60Hz.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999 10

Selain itu, tablet terbaru HUAWEI ini juga hadir  dengan cip Kirin 9000E, WiFi 6+ , 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999 11

Pada bahagian belakang pula, HUAWEI MatePad Pro 12.6 memiliki satu sensor utama 13MP, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor 3D Depth Sensing. Kamera selfie adalah 8MP.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,999 12
Beralih kepada bateri, HUAWEI MatePad Pro 12.6 menampilkan bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W serta pengecasan wireless reverse charging pada kadar 10W.

HUAWEI MatePad Pro 12.9 kini ditawarkan untuk pembelian di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Store, Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.