Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix Fold 2 kini sedang dibangunkan – Snapdragon 888 dan kamera yang lebih baik

Xiaomi Mi Mix Fold 2 kini sedang dibangunkan - Snapdragon 888 dan kamera yang lebih baik 1

Xiaomi Mi Mix Fold 2 kini sedang dibangunkan - Snapdragon 888 dan kamera yang lebih baik 2
Pada bulan Mac tahun ini Xiaomi telah melancarkan telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Mi Mix Fold dan leakster kini mendakwa bahawa telefon pintar foldable kedua syarikat ini kini sudah didalam pembangunan.

Mi Mix Fold kini rasmi – telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309

Menurut sumber, telefon pintar foldable terbaru Xiaomi ini akan kekal menggunakan cip Snapdragon 889, bateri 5,000mAh, kamera 108MP dan reka bentuk engsel yang lebih baik.

Xiaomi Mi Mix Fold 2 kini sedang dibangunkan - Snapdragon 888 dan kamera yang lebih baik 3
Selain itu, Xiaomi sedang mula menguji struktur dalaman Mi Mix Fold yang baharu ini dan ianya akan mempunyai engsel dengan lipatan ke dalam.

Telefon pintar Mi Mix Fold 2 ini juga akan hadir dengan dua skrin paparan iaitu panel utama 120Hz yang dibekalkan oleh Samsung dan panel skrin 90Hz dibahagian luar yang dibekalkan oleh Visionox.

Persoalan besar yang masih menjadi misteri adalah samada Mi Mix Fold yang baharu akan berjaya melepasi sempadan China dan ke pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.