Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Promosi Hari Bapa – Dapatkan Jabra Elite 85t pada harga RM 799 sahaja


Bersempena dengan sambutan hari Bapa pada 20 Jun ini, Jabra Malaysia telah mengumumkan bahawa anda boleh membeli Jabra Elite 85t pada harga yang lebih rendah sebagai hadiah kepada Bapa anda.

Jabra Elite 85t yang biasanya ditawarkan pada harga RM 1,049 kini akan hadir pada harga RM 799 sahaja iaitu 24% lebih rendah berbanding harga asal.

Promosi bagi Jabra Elite 85t sempena hari Bapa ini boleh dinikmati mulai 15 hingga 22 Jun 2021 di stor rasmi Jabra di Shopee & Lazada didalam warna Titanium Black

Berikut adalah ciri-ciri utama dan spesifikasi Jabra Elite 85t:

● Reka bentuk yang kompak dan EarGels™ silikon berbentuk bujur untuk padanan yang selesa dan kedap

● Cip ANC khusus yang lebih efisien dalam melenyapkan bunyi hingar di persekitaran

● Teknologi panggilan 6 mikrofon dan perlindungan dari angin untuk panggilan yang lebih baik tidak kira di mana anda berada

● ANC 4 mikrofon menggunakan mikrofon pada dalam dan luar earbud

● Pembesar suara 12mm untuk audio yang kuat dan bes yang bertenaga

● Reka bentuk separa terbuka dengan ‘hear through’ yang semula jadi

● ANC boleh dilaraskan dengan slider dual dari ANC sepenuhnya hingga ke HearThrough sepenuhnya

● Tahap ketahanan IPX4 dan waranti 2 tahun* terhadap habuk dan air

● Bateri dapat bertahan sehingga 5.5 jam dengan sekali cas dan sehingga 25 jam menggunakan sarung pengecas dengan ANC terpasang; 7 jam dengan sekali cas dan 31 jam tanpa ANC

● Mempunyai pensijilan Qi, bagi pengecasan tanpa wayar dan sesuai dengan semua pengecas yang mempunyai pensijilan Qi

● Penyama yang boleh disesuaikan dalam Sound+ App menjadikan muzik anda lebih baik lagi

● Akses satu sentuhan kepada Alexa, Siri® dan Google AssistantTM

● ‘MyControls’ untuk menetapkan penetapan butang dan Jabra MySound bagi profil audio yang tersendiri

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.