Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,399 sahaja

OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus Nord CE 5G ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga serendah dari RM 1,399 sahaja.

OnePlus Nord Core Edition 5G hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED 90Hz berukuran 6.43-inci yang menawarkan resolusi FHD+ dengan Always On Display.

Selain itu, OnePlus Nord CE 5G juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 750G, GPU Adreno 619, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, OnePlus Nord CE 5G akan hadir dengan tiga sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 119° 8MP dan sensor monokrom 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, OnePlus Nord CE 5G juga akan memiliki bateri berkapsiti 4,500mAh yang membawakan pengecasan pantas Warp Charge 30T Plus yang menawarkan pengecasan dari 0%-70% dalam masa 30 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki OnePlus Nord CE 5G adalah bicu audio 3.5mm, reka bentuk nipis hanya 7.9mm, OxygenOS yang berasaskan Android 11 dengan 2 tahun kemaskini OS dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord CE 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun hingga 25 Jun ini iaitu untuk pra-tempahan  di stor rasmi OnePlus di Shopee pada harga RM 1,399 bagi versi 8/128GB dan RM 1,599 (RRP RM 1,799) bagi versi 12/256GB.

Beli OnePlus Nord CE 5G 8/128GB

Beli OnePlus Nord CE 5G 12/256GB

Selain itu, OnePlus juga menawarkan topi OnePlus Nord bernilai RM 99 secara percuma dan diskaun tambahan bernilai RM 30 bagi pembelian versi OnePlus Nord CE 5G 8/128GB atau RM 50 bagi pembelian OnePlus Nord CE 5G 12/256GB namun ianya hanya terhad kepada 100 pembeli pertama.

Selain itu, jualan atas talian rasmi akan bermula dari 26 Jun dengan promosi yang sama bagi kedua-dua versi OnePlus Nord CE 5G ini.

Seterusnya jualan secara offline melalui wakil pengedar rasmi OnePlus pula akan bermula pada 26 Jun namun hanya versi 8/128GB akan ditawarkan.

OnePlus Nord CE 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Blue Void dan Charcoal Ink.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.