Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Malaysia sumbang 30 unit Mi Air Purifier 3C dan 200 unit 20,000mAh Redmi 18W Fast Charge Power Bank kepada PPV MITEC


Xiaomi Malaysia telah memberikan sumbangan berbentuk produk Xiaomi kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) yang telah mula beroperasi minggu lalu.

Xiaomi telah menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK) dengan membekalkan 30 unit Mi Air Purifier 3C (RM 549) dan 200 unit Power bank Redmi 18W Fast Charge berkapasiti 20,000mAh (RM 99) yang akan digunakan di PPV Mitec ini.

 Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan beberapa PPV Mega sebagai usaha mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia.

Setakat 8 Jun 2021, sebanyak 3.71 juta rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaskin manakala jumlah pendaftaran adalah 12.77 juta atau sekitar 50%.

Selain itu, PPV MITEC yang dibuka ini mempunyai keluasan 51,000 meter kaki persegi dan berkapasiti untuk memberikan vaksin kepada 5,000 orang namun boleh tingkatkan kepada 8,000 individu.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk yang di sumbangkan Xiaomi boleh di : Mi Air Purifier 3C, 20,000mAh Redmi 18W Fast Charge Power Bank

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.