Vivo lancar kempen jualan Goal Goal Goal Sales – hadiah percuma dan promosi menarik bagi pembelian telefon pintar Vivo
Bersempena dengan kejohanan bola sepak EURO 2020 yang bakal bermula, Vivo telah mengumumkan kempen jualan Goal Goal Goal Sales mulai 1 hingga 30 Jun 2021 yang menawarkan rebat tunai serta merta bernilai RM 50 dan baucar produk OGAWA bernilai RM 100 dengan pembelian telefon pintar Vivo V21 Series.
Selain itu, setiap pembelian telefon pintar Vivo V21 Series ini juga akan menerima tambahan satu tahun waranti, 1 tahun perlindungan skrin retak bernilai RM 399 dan servis VIP vivo care.
Jualan Vivo Goal Goal Goal Sales ini akan ditawarkan di stor konsep Vivo, vivo E-store, Lazada, Shopee, partner store dan pengedar rasmi.
Dalam pada itu, pelanggan yang membeli Vivo V21 Series juga layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti telefon pintar vivo V21 series, pakej UEFA EURO 2020™, OGAWA Tinkle Touch Music Massager, OGAWA Eye Mask dan pengering rambut Khind. *tertakluk kepada terma dan syarat.
Pelanggan boleh menyertai sesi cabutan bertuah vivo Malaysia dengan tiga langkah mudah:
Langkah 1: Muat naik foto telefon pintar V21 Series di profil Facebook mereka (tetapkan post sebagai public).
Langkah 2: Hashtag #vivogoalgoalgoalsales dan # vivoV21series.
Langkah 3: Menangi hadiah melalui cabutan bertuah
Tambahan lagi, dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), Vivo Malaysia juga menawarkan perkhidmatan pembelian satu-kepada-satu.
Anda boleh menempah slot waktu untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat vivo Malaysia Facebook dan mengimbas kod QR( klik di SINI ) yang seterusnya akan meminta maklumat peribadi dan medium perhubungan pilihan pengguna.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menerima pembelian produk Vivo melalui penghantaran express khas vivo one day delivery.
Maklumat lanjut mengenai kempen “vivo Goal Goal Goal Sales” dan one-to-one online service, lawati Facebook Vivo Malaysia atau Vivo Malaysia