Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 – pra-tempah sekarang

HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 - pra-tempah sekarang 9

Hari ini adalah hari yang sibuk bagi HUAWEI Malaysia kerana selain pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.6 pada harga RM 3,999, HUAWEI juga telah mengumumkan bahawa komputer riba HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 2,599 sahaja.

HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 - pra-tempah sekarang 10

HUAWEI MateBook D15 i3 adalah antara komputer riba paling murah keluaran HUAWEI dan ianya masih mengekalkan DNA MateBook walaupun pada segmen harga yang lebih berpatutan.

HUAWEI MateBook D15 i3 hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView 1080p berukuran 15.6-inci yang sangat nipis dengan nisbah skrin kepada badan 87%.

Selain itu, komputer riba ini juga hadir dengan reka bentuk aluminum aloi yang mempunyai berat hanya 1.53kg dan ketebalan hanya 16.9mm.

HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 - pra-tempah sekarang 11

HUAWEI MateBook D15 ini hadir dengan cip pemprosesan  Intel CoreTM i3-10110U (Gen-10),

Intel UHD Graphics 620, 8GB RAM, 256GB SSD dan butang kuasa yang mempunyai sensor capjari.

HUAWEI MateBook D15 i3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 - pra-tempah sekarang 12

Dalam pada itu, HUAWEI MateBook D15 i3 ini juga hadir dengan pengecasan USB-C 65W, pop-up webcam pada papan kekunci dan HUAWEI Share.

HUAWEI MateBook D15 i3 kini telah dibuka untuk pra-tempahan dan setiap prmbelian juga akan menerima HUAWEI Backpack dan HUAWEI Bluetooth Mouse bernilai RM 498.

Pra-tempah HUAWEI MateBook D15 i3 di HUAWEI Online Store

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.