Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme bakal melancarkan komputer riba dan tablet tidak lama lagi

Portfolio produk realme bakal ditambah lagi dengan pelancaran komputer riba dan tablet tidak lama lagi.

Melalui akaun Twitter CEO realme India dan Eropah, Madhav Seth telah memuat naik sebuah gambar komputer riba didalam sampul dengan kod binari yang diterjemahkan kepada “Hello World”.

Selain itu, CMO realme India dan Eropah iaitu  Francis Wong pula telah membuat satu pengundian untuk memilih nama baharu bagi tablet realme yang mungkin dilancarkan tidak lama lagi.

Dua nama yang dicadangkan adalah realme Tab dan realme Pad dan seramai 4,015 orang telah mengundi dengan peratusan semasa adalah 50% bagi realme Pad dan 50% bagi realme Tab dengan tempoh pengundian hanya berbaki 3 jam sahaja lagi.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai tablet realme ini diketahui namun ianya hampir pasti akan hadir dengan sistem operasi Android dan mungkin dilancarkan dibawah jenama Dizo.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.