Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G – harga serendah dari RM 1,296

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 15
OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam keluarga OnePlus Nord iaitu OnePlus Nord CE 5G.

OnePlus Nord Core Edition 5G hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED 90Hz berukuran 6.43-inci yang menawarkan resolusi FHD+ dengan Always On Display.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 16

Selain itu, OnePlus Nord CE 5G juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 750G, GPU Adreno 619, t6GB, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 17

Beralih kepada kamera, OnePlus Nord CE 5G akan hadir dengan tiga sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 119° 8MP dan sensor monokrom 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 18

Seterusnya, OnePlus Nord CE 5G juga akan memiliki bateri berkapsiti 4,500mAh yang membawakan pengecasan pantas Warp Charge 30T Plus yang menawarkan pengecasan dari 0%-70% dalam masa 30 minit sahaja.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 19

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki OnePlus Nord CE 5G adalah bicu audio 3.5mm, reka bentuk nipis hanya 7.9mm, OxygenOS yang berasaskan Android 11 dengan 2 tahun kemaskini OS dan 3 tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord CE 5G dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama namun buat masa ini harga telefon pintar ini masih belum diketahui.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 20

OnePlus Nord CE 5G akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Charcoal Ink, Silver Ray dan Blue Void.

OnePlus Nord CE 5G kini rasmi dengan skrin Fluid AMOLED dan Snapdragon 750G - harga serendah dari RM 1,296 21

Berikut adalah harga OnePlus Nord CE 5G di pasaran India:

OnePlus Nord 5G 6/128GB – INR 22,999 (RM 1,296)
OnePlus Nord 5G 8/128GB – INR 24,999 (RM 1,409)
OnePlus Nord 5G 12/256GB – INR 27,999 (RM 1,578)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.