realme nyatakan komitmen untuk menawarkan telefon pintar 5G kepada 100 juta pengguna muda dengan pelancaran telefon pintar 5G pada harga $100 (RM 412)
realme, Jenama telefon pintar paling berkembang pesat telah mengumumkan bahawa ia mensasarkan untuk mempunyai 100 juta pengguna telefon pintar 5G di dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Perkara ini telah diumumkan oleh realme di sidang kemuncak 5G pertama yang dianjurkan dengan kerjasama GSMA, Counterpoint Research dan Qualcomm.
Selain itu, realme juga telah mendedahkan bahaqa satu model baharu didalam realme GT series yang memfokuskan kepada prestasi 5G dan kamera flagship akan dilancarkan pada Jun dan Julai 2021 sebagai usaha korporat untuk mempercepatkan perkembangan 5G diperingkat global.
Dengan tema ‘Making 5G Global: Accessibility to all’, sidang kemuncak 5G mengumpulkan pemimpin dari persatuan industri, institusi penyelidikan, vendor komponen dan pengeluar peranti untuk berkongsi pandangan mereka mengenai 5G secara khususnya.
Pada sidang kemuncak itu, realme menegaskan kembali komitmennya untuk menjadi “popularizer 5G” dan berkongsi janji terbarunya untuk memajukan penerapan 5G di pasar global dan membawa teknologi tersebut kepada lebih banyak pengguna di seluruh dunia.
Pada tahun 2020, realme telah memperkenalkan 14 peranti 5G ke 21 pasaran utama dunia iaitu 40% daripada produk keluaran syarika dan menjelang tahun 2020, realme mensasarkan untuk melancarkan sekurang-kurangnya 20 peranti 5G dengan nisbah 70% yang meliputi 50 pasaran.
Dalam pada itu, realme juga ingin mendahului industri dengan melancarkan telefon pintar 5G pada harga serendah $100 (RM 412) didalam masa beberapa tahun akan datang.
Akhir sekali, realme merancang untuk membuka lebih daripada sepuluh stor pop-up 5G di seluruh dunia yang membolehkan golongan muda mempunyai ruang eksklusif di mana mereka dapat menikmati pengalaman 5G melalui cloud gaming, AR yang sangat jelas, penyiaran langsung dan aplikasi 5G lain yang popular.