Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno5 F edisi Crystal Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,119


Oppo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi warna bagi Oppo Reno5 F yang kini hadir didalam warna Cyrstal Silver.

Oppo Reno5F Crystal Edition kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM 1,119 dan anda boleh mendapatkanya secara atas talian di  OPPO Official Online Store dan stor flagship rasmi OPPO di Shopee dan Lazada.

Selain itu, Oppo Malaysia juga telah mengumumkan bahawa setiap pembelian Oppo Reno5 F juga akan menerima satu unit Oppo Enco Buds dan Powerbank Remax bernilai RM 238 secara percuma sementara stok masih ada.

Selain itu, Oppo Reno5 F juga dijangka akan ditawarkan di stor fizikal mulai 7 Jun 2021.

Pelancaran Reno5 F didalam warna Crystal Silver menjadikan telefon pintar ini kini ditawarkan didalam tiga warna yang termasuk Fluid Black dan Fantastic Purple.

Maklumat Lanjut di Oppo Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.