Xiaomi 200W HyperCharge – mampu penuhkan bateri 4,000mAh dalam masa 8 minit sahaja
Perlumbaan untuk menawarkan teknologi pengecasan pantas yang terpantas kini sudah bermula dan Xiaomi telah mendahului syarikat lain dengan menunjukkan kebolehan teknologi pengecasan terbaru mereka.
Melalui akaun rasmi Twitter syarikat, Xiaomi telah mempamerkan kebolehan teknologi pengecasan berwayar Xiaomi HyperCharge 200W dan tanpa wayar pada kadar 120W.
Ujian ini telah dijalankan pada Mi 11 Pro direka khas untuk ujian ini dan ianya memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh berbanding bateri 5,000mAh pada Mi 11 Pro yang biasa.
Hasil ujian mendapati Xiaomi 200W HyperCharge ini mampu mengecas bateri telefon pintar ini didalam masa 8 minit sahaja manakala pengecasan tanpa wayar pula hanya memerlukan tambahan 7 minit untuk mencapai kapasiti 100%.
Kedua-dua ujian Ini membolehkan Xiaomi mencipta satu rekod dunia baharu.
Xiaomi 200W HyperCharge ini hanya memerlukan 44 saat untuk mencapai tahap 0-10%, diikuti ke tahapa 50% dalam masa 3 minit dan pengecasan penuh didalam masa 8 minit.
Dalam pada itu, pengecasan tanpa wayar pula menunjukkan kadar yang baik dimana ianya mampu mencapai tahap 10% dalam masa 1 minit diikuti ke tahap 50% dalam masa 7 minit dan pengecasan penuh 100% pada minit ke 15.
Walaupun teknologi ini adalah sesuatu yang sangat menggagumkan, degradasi bateri dengan pengecasan yang pantas ini sudah pastinya tinggi dan ini mungkin menjadi penghalang untuk menyaksikan teknologi ini pada telefon pintar komersial didalam masa terdekat.
Tonton video demostrasi di bawah :
Charge up to 100% in just 8 minutes using wired charging and 15 minutes wirelessly! #XiaomiHyperCharge
Too good to be true? Check out the timer yourself! #InnovationForEveryone pic.twitter.com/muBTPkRchl
— Xiaomi (@Xiaomi) May 31, 2021