Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note20 Ultra dan Galaxy Note20 kini RM 1,100 lebih murah


Samsung Galaxy Note20 Ultra dan Galaxy Note20 kini RM 1,100 lebih murah 5Samsung Malaysia telah mengumumkan promosi jualan pertengahan tahun yang membolehkan anda menikmati rebat sehingga RM 1,100 bagi pembelian Samsung Galaxy Note20 5G dan Galaxy Note20 Ultra 5G.

Mulai 29 Mei sehingga 4 Julai 2021, Samsung akan menawarkan rebat bernilai RM 1,100 bagi kedua-dua telefon pintar Galaxy Note20 ini dan ianya adalah varian yang memiliki storan dalaman 256GB.

Ini bermaksud Samsung Galaxy Note20 5G yang mempunyai harga asal RM 4,299 kini boleh dimiliki pada harga RM 3,199 sahaja manakala Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G yang memilki harga jualan asal RM 5,199 kini boleh dibeli pada harga RM 4,099 sahaja.


Samsung Galaxy Note20 Ultra dan Galaxy Note20 kini RM 1,100 lebih murah 6
Selain dua model Galaxy Note20, Samsung juga menawarkan rebat RM 100 bagi pembelian Galaxy A32 LTE pada harga RM 999 sahaja.

Promosi ini boleh anda nikmati di Samsung Experience Stores atau secara atas talian di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.