Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S7 FE 5G kini rasmi – Tab A7 Lite turut dilancarkan


Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy Tab S7 FE 5G dan Samsung Galaxy Tab A7 Lite  yang ditawarkan didalam versi 4G dan Wi-Fi.

Samsung Galaxy Tab S7 FE


Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 12.4-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel namun hanya mempunyai kadar segar semula 60Hz.


Samsung Galaxy Tab S7 FE ini hadir dengan cip Snapdragon 750G, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB yang juga boleh ditambah sehingga 1TB storan dengan kad microSD.

Samsung Galaxy Tab S7 FE juga hadir dengan s-pen dalam kotak, antaramuka OneUI 3.1 yang berasaskan Android 11 dan ianya juga menyokong mod DeX yang menawarkan fungsi seperti sebuah komputer.

Selain itu, Galaxy Tab S7 FE juga memiliki bateri berkapasiti 10,900mAh dengan pengecasan pantas 45W namun hanya adapter 15W disertakan didalam kotak.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan satu unit kamera 8MP dibelakang manakala pada bahagian hadapan adalah kamera 5MP dengan mod tracking wajah ketika panggilan video.

Lain-lain spesifikasi Galaxy Tab S7 FE ini adalah 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0, GPS dan pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos.

Samsung Galaxy Tab S7 FE 5G kini ditawarkan di Eropah pada harga €650 bagi versi 4/64GB (RM 3,280) dan €700 (RM 3,533) bagi versi 6/128GB.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Samsung Galaxy Tab A7 hadir dengan spesifikasi seperti berikut :

  • skrin paparan LCD 8.7-inci (1340 x 800)
  • Pemproses MediaTek Helio P22T + PowerVR GE8320
  • RAM & Storan Dalaman : 3/32GB @ 4/64GB
  • Bateri 5,100mAh + 15W
  • WiFi-5, Bluetooth 5.0, GPS & slot microSD
  • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
  • Kamera 8MP + kamera hadapan 2MP

Samsung Galaxy Tab A7 Lite ditawarkan mulai pertengahan Jun 2021 pada harga €170 (RM 858) bagi versi 3/32GB dan €200 bagi (RM 1,000) versi 4/64GB.

Buat masa ini, Samsung Malaysia belum mengesahkan samada tablet ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.