Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 5G – Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Paparan 90Hz & Teknologi Inovatif Dynamic RAM Expansion Pada Harga Mesra Poket

realme, syarikat telefon pintar yang popular dalam kalangan golongan muda kini telah melancarkan telefon pintar realme 8 5G ke pasaran Malaysia iaitu pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM 899 sahaja.

5G merupakan teknologi rangkaian perhubungan masa hadapan dan realme berazam menawarkan pengguna peluang memiliki sebuah telefon pintar 5G yang ‘future proof’ sebagai persediaan awal untuk menggunakan teknologi ini apabila ianya mula ditawarkan kepada pengguna umum di Malaysia.

Selepas pelancaran realme 8 Pro yang merupakan telefon pintar pertama realme Number Series di Malaysia, realme meneruskan momentum Dare To Leap dengan pelancaran realme 8 5G.

Reka Bentuk Super-Nipis 8.5mm

realme 8 5G hadir dengan reka bentuk Dynamic Speed Light yang sangat premium dan unik.

realme 8 5G boleh dikatakan sebagai telefon pintar 5G ternipis di dalam kategori harganya iaitu dengan ketebalan hanya 8.5mm dan berat sekitar 185 gram yang memberikan pengguna pengalaman memegang dan menggunakan telefon pintar yang selesa.

Pemproses MediaTek Dimensity 700 5G 

realme 8 5G telah dipadankan dengan cip pemprosesan Dimensity 700 5G keluaran MediaTek yang menggunakan dua teras berkuasa tinggi iaitu Cortex-A76 pada CPU octa-core dengan kelajuan sehingga 2.2GHz.

Cipset Dimensity 700 5G ini diperbuat daripada proses fabrikasi 7nm yang menjanjikan 28% lebih cekap tenaga berbanding cipset 8nm.

Ini membolehkan realme 8 5G beroperasi pada tahap prestasi tinggi tanpa memberi kesan besar kepada jangka hayat bateri.

Selain itu, sesuatu CPU yang berkuasa tinggi harus juga dipadankan dengan unit pemprosesan grafik yang setaraf dan cip Dimensity 700 telah disertakan dengan ARM Mali-G57 MC2 berkelajuan 950MHz dan ianya turut menawarkan sokongan penggunaan skrin paparan 90Hz.

Satu lagi ciri yang pasti akan berguna apabila 5G telah mula ditawarkan di Malaysia adalah realme 8 5G menawarkan sokongan 5G Dual SIM Dual Standby yang membolehkan anda menggunakan rangkaian 5G pada kedua-dua SIM.

Akhir sekali, cip Dimensity 700 juga menyokong rangkaian 5G SA/NSA dan meliputi pelbagai jalur frekuensi 5G serta teknologi Dual Network Acceleration yang menggunakan Wifi dan 5G untuk sambungan internet yang lebih stabil dan pantas.

90Hz Ultra Smooth Display

realme boleh dikatakan sebagai pelopor di dalam menawarkan telefon pintar midrange dengan skrin yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan ke atas.

realme 8 5G tidak terkecuali dan telefon pintar terbaru 5G ini hadir dengan skrin paparan Ultra Smooth Display berukuran 6.5-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan kadar persampelan 180Hz.

Secara asasnya, skrin paparan 90Hz membolehkan 90 bingkai dihasilkan di dalam sesaat iaitu 50% lebih tinggi berbanding apa yang dihasilkan oleh skrin paparan 60Hz


Bateri 5000mAh & Pengecasan Pantas 18W

realme 8 5G disertakan dengan kapasiti bateri  5,000mAh yang bertujuan untuk memenuhi keperluan harian pengguna sama ada untuk kerja atau hiburan.

Dalam pada itu, sokongan rangkaian 5G ternyata memerlukan kuasa bateri yang lebih tinggi dan beberapa optimasi dalaman pada realme 8 5G memastikan jangka hayat bateri telefon pintar ini tidak begitu terkesan.

Lebih-lebih lagi, realme 8 5G juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 18W yang dilakukan melalui sambungan USB-C yang membolehkan bateri telefon pintar ini dipenuhi dengan pantas dan selamat.

Akhir sekali, bateri 5,000mAh yang dimiliki realme 8 5G dilihat mampu menawarkan 42 jam waktu panggilan, 16 jam tontonan video, 114 jam pendengaran muzik atau 655 jam waktu standby.

Smart 5G Power Saving

realme 8 5G juga menawarkan sistem penjimatan Smart 5G Power Saving yang akan mengesan isyarat rangkaian dan keperluan sebelum beralih dari rangkaian 4G ke 5G atau sebaliknya.

Teknologi Smart 5G Power Saving membolehkan realme 8 5G adalah 30% lebih cekap tenaga berbanding telefon pintar yang ditawarkan tanpa teknologi ini.

Kamera 48MP Nightscape 

Sensor Utama 48MP Ultra HD

sensor utama Ultra HD 48MP yang mempunyai aperture lebar f/1.8 dan kadar FOV 80°.

Sensor B&W Portrait – membantu lensa utama untuk mengambil gambar yang mempunyai kecerahan yang tinggi, gaya-retro dan menambah ketelitian pada gambar potret.

Sensor Makro 4cm – pengalaman fotografi yang lebih unik dengan eksplorasi kecantikan dunia mikro dengan jarak penggambaran hanya 4cm dari subjek. 


Mod Nightscape 

Sistem kamera realme 5G juga telah dilengkapi dengan beberapa filter malam yang popular dan teknologi ‘multi-frame synthesis engine’ membolehkan sensor kamera ini mengambil beberapa set gambar dengan kadar kecerahan yang berbeza seterusnya digabungkan menjadi satu gambar yang sempurna.

Dengan mod Nightscape, potensi fotografi pada malam realme 8 5G tidak lagi terbatas dan setiap gambar yang diambil sudah pasti akan mengagumkan anda dan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Dynamic RAM Expansion Technology (DRE)

realme 8 5G kini hadir dengan teknologi Dynamic RAM Expansion yang merupakan satu ciri dimana ROM pada telefon pintar digunakan sebagai RAM virtual yang membantu telefon pintar beroperasi dengan lancar sepanjang masa.

Dengan itu, teknologi Dynamic RAM Expansion menawarkan tambahan sehingga 5GB RAM virtual kepada pengguna yang pasti mengatasi masalah kekurangan RAM pada telefon pintar.

Ini bermaksud, telefon pintar realme 8 5G yang hadir dengan 8GB RAM secara tidak langsung akan mempunyai 13GB RAM.

realme 8 5G dijangka akan menjadi satu lagi model popular di pasaran Malaysia dan telefon pintar ini juga akan memberikan peminat realme khususnya golongan muda akses kepada sebuah telefon pintar 5G pada harga berbaloi.

realme 8 5G akan mula ditawarkan pada 28 Mei ini di semua pengedar rasmi realme di Malaysia (offline) dan setiap pembelian telefon pintar 5G terbaru realme ini juga akan menerima satu unit portable smoothie blender sementara stok masih ada.

Dalam pada itu, pembelian secara atas talian di stor rasmi realme di Lazada juga akan bermula pada 28 Mei 2021 dan telefon pintar ini boleh dimiliki dengan harga RM 799 pada jualan hari pertama sahaja.

Maklumat lanjut mengenai realme 8 5G boleh diketahui di Facebook realme Malaysia atau di laman sesawang rasmi realme Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.