Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI HarmonyOS akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun ini


HUAWEI secara rasminya telah mengumumkan pelancaran generasi baharu HarmonyOS yang dikatakan akan menggantikan EMUI didalam peranti HUAWEI yang akan dilancarkan selepas ini.

HUAWEI telah menjadualkan majlis pelancaran ini pada 2 Jun dan pengesahan ini telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi HUAWEI Moboile

HUAWEI telah memuat naik video teaser yang memaparkan skrin permulaan yang menunjukkan logo HUAWEI sebelum disusuli oleh logo HarmonyOS.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengesahkan bahawa sidang ini akan menyaksikan pelancaran HarmonyOS dan sebuah produk baharu yang dikatakan sebagai HUAWEI MatePad 2 dan ianya akan menjadi peranti pertama dengan HarmonyOS dari kotak.

Selain itu, HUAWEI juga telah menyasarkan untuk mempunyai 300 juta peranti dengan HarmonyOS menjelang penghujung tahun ini dan 1/3 (100 juta) daripadanya adalah peranti baharu yang dilancarkan dengan HarmonyOS.

Persoalan yang timbul sekarang adalah, adakah HarmonyOS berasaskan Android atau ianya satu sistem operasi yang mempunyai eksositem berasingan.

Segala persoalan ini bakal terjawab pada 2 Jun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.