Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

3,500 unit realme Watch 2 habis terjual dalam masa 24 jam


realme Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa realme Watch 2 sebanyak 3,500 unit jam pintar ini telah habis dijual didalam 24 jam sahaja.

Pada penjualan pertama eksklusif di Shopee, realme Watch 2 yang bernilai RM 299 ini telah ditawarkan pada harga RM 149 sahaja dan ini telah menyaksikan kesemua stok habis dibeli oleh peminat realme.

Mengulas serba sedikit mengenai realme Watch 2 ini, ianya hadir dengan skrin paparan berukuran 1.4-inci, 90 mod sukan dan sehingga 12 hari waktu penggunaan.

Rekod ini juga menjadikan realme Watch 3 sebagai jam pintar paling laris di Shopee (untuk tempoh 24 jam).

Bagi yang terlepas memiliki realme Watch 2 pada harga promosi , jam pintar ini kini boleh dimiliki melalui pembelian di stor rasmi realme di Shopee pada harga RM 299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.