realme X7 Max 5G akan dilancarkan dengan cip Dimensity 1200 dan skrin AMOLED 120Hz
realme secara rasminya telah mwngesahkan bahawa realme X7 Max 5G adalah telefon pintar pertama syarikat ini (di India) untuk hadir dengan cip pemprosesan Dimensity 1200.
Madhav Seth, ketua pegawai eksekutif realme India dan Eropah telah berkongsi satu gambar teaser melalui akaun Twitter beliau.
Walaubagaimanapun, berdasarkan reka bentuk panel belakang telefon pintar ini, terdapat persamaan ketara antara realme X7 Max dan realme GT Neo yang dilancarkan di China pada bulan Mac yang lalu.
Jika ianya adalah telefon pintar yang sama, realme X7 Max dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.43-inci, sensor kamera 64MP dan bateri 4,500mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 50W.
Ketahui Spesifikasi penuh realme GT Neo di SINI
realme X7 Max 5G ini sepatutnya dilancarkan di India pada 4 Mei yang lalu namun gelombang kedua Covid-19 yang telah memberikan kesan teruk telah menyebabkan pelancaran ini ditunda ke satu tarikh yang lain.
Selain ke pasaran India, terdapat kemungkinan telefon pintar ini akan memasuki lebih banyak pasaran antarabangsa termasuk ke Malaysia.
Dare to Leap into the milky way?#FutureAtFullSpeed pic.twitter.com/MiNc7Wf6DP
— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) May 20, 2021