Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 2 Pro – Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia – Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 13

realme Watch 2 Pro

realme, syarikat yang sangat terkenal di Malaysia khususnya pada golongan muda yang bergaya kini telah mengumumkan satu lagi peranti pintar menarik iaitu realme Watch 2 Pro.

Lebih menarik, pasaran Malaysia menjadi pasaran pertama didunia untuk menyaksikan pelancaran realme Watch 2 Pro.

Beberapa minggu lalu, realme Malaysia telah memperkenalkan 7 produk AIoT terbaru ke pasaran tempatan yang mengukuhkan lagi komitmen syarikat ini untuk menawarkan beberapa produk AIoT yang meliputi pelbagai senario kehidupan harian.

realme Watch 2 Pro akan ditawarkan pada harga RM299 dan jualan pertama akan bermula pada 29 Mei. 

Sebelum itu, mari kita mengulas serba sedikit tentang ciri-ciri dan kelebihan yang dimiliki realme Watch 2 Pro.

Skrin Paparan 1.75-inci yang Ultra Besar

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 14

realme Watch 2 Pro dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 1.75-inci yang bukan sahaja lebih besar malah mempunyai resolusi 320*385 dengan kepadatan piksel 287ppi untuk pengguna menikmati pengalaman skrin yang lebih vivid.

Selain itu, skrin paparan yang ditawarkan pada realme Watch 2 Pro adalah 56% lebih besar berbanding yang digunakan pada realme Watch generasi pertama.

Lebih-lebih lagi, realme juga menggunakan skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula 30fps untuk penggunaan skrin yang lebih lancar, kawalan yang lebih tepat dan banyak lagi.

Dalam pada itu, kadar kecerahan skrin yang mampu mencapai sehingga 600nits juga memastikan paparan realme Watch 2 Pro ini sentiasa jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari yang terik.

Bercakap mengenai aspek perlindungan skrin, realme Watch 2 Pro tampil dengan gelas 2.5D yang tidak mudah calar dan lapisan anti-cap jari juga memastikan skrin ini sentiasa kemas.

Dual-Satellite GPS Berketepatan Tinggi

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 15
realme Watch 2 Pro juga dilengkapi dengan sensor GPS berketepatan tinggi yang pasti akan membantu jam ini merekodkan aktiviti kecergasan anda dengan lebih tepat.

Sebagai contoh, GPS membantu realme Watch 2 Pro merekodkan lebih banyak data seperti kelajuan dan jarak dengan lebih tepat.

Seterusnya, penggunaan sistem GPS dual-satellite juga membolehkan jam pintar ini memiliki kadar ketepatan posisi yang tinggi iaitu 2.5 meter dan pengesanan posisi pantas di dalam masa kurang dari 2 saat.

90 Mod Sukan 

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 16

realme Watch 2 Pro bukan hanya sebuah jam pintar yang hadir dengan reka bentuk trendsetting malah ianya juga meliputi pelbagai aspek kecergasan yang amat diperlukan oleh golongan muda.

Dengan itu, realme Watch 2 Pro menampilkan sokongan bagi 90 mod sukan yang memastikan ada sahaja mod sukan kegemaran anda pada jam pintar ini.

Mod sukan ini berfungsi untuk merekodkan tempoh aktiviti kecergasan anda secara berkala selain jumlah kalori yang dibakar sepanjang anda melakukan aktiviti tersebut.

Ciri lain realme Watch 2 Pro

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 17

Selain itu, realme Watch 2 Pro juga menampilkan sensor yang mampu merekodkan bacaan oksigen dalam darah (SpO2) dan kadar degupan jantung.

Seterusnya, untuk memastikan pengguna realme Watch 2 Pro mempunyai jam yang mengikut gaya dan citarasa mereka, realme menawarkan Watch 2 Pro di dalam beberapa warna tali jam yang menarik dan ianya boleh dipadankan dengan lebih dari 100 reka bentuk Watch Faces.

Lebih-lebih lagi, realme Watch 2 Pro juga merupakan sebuah jam pintar yang kalis air dan ianya telah menerima pensijilan IP68.

Dalam pada itu, realme Watch 2 Pro menampilkan bateri berkapasiti 390mAh yang mampu memberikan anda sehingga 14 hari penggunaan dengan satu pengecasan penuh.

realme Watch 2 Pro - Skrin Bersaiz 1.75 -inci , Dual-GPS dan 90 Mod Sukan kini di Malaysia - Hanya harga RM299 sempena jualan pertama pada 29 Mei ini 13

Jualan Pertama Eksklusif 

realme Watch 2 Pro akan ditawarkan pada harga RM299 mulai 29 Mei di semua pengedar sah realme di Malaysia

Maklumat lanjut mengenai realme Watch 2 Pro boleh diketahui di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.