Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kakitangan Apple menggesa Tim Cook keluarkan kenyataan rasmi mengutuk Israel


Kakitangan Apple telah menggesa Tim Cook mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong perjuangan rakyat Palestine dengan 1,000 kakitangan telah menandatangani surat dalaman ini.

Penulis yang merupakan sebahagian daripada ahli Persatuan Apple Muslim Association menggesa syarikat Cupertino ini mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengecam kekejaman Israel yang mewujudkan penempatan haram di bumi Palestine.

Kekejaman Israel telah menyaksikan pengeboman di Gaza yang telah membunuh sekurang-kurangnya 227 orang awam yang termasuk 63 kanak-kanak.

Selain itu, pada malam Khamis, Isarel juga telah mengumumkan genjatan senjata yang dilihat sebagai satu tindakan sementara dan bukan membawa kepada pengakhiran jajahan haram Israel ini.

Ahli Apple Muslim Association yang merupakan kumpulan kakitangan rasmi berkata mereka bertindak menulis surat terbuka ini selepas Apple gagal mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keganasan yang berlaku di Palestine ini.

Sehingga kini, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

sumber : The Verge

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.