Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 akan menjadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 775G

Honor 50 akan menjadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 775G 1

Honor 50 akan menjadi telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 775G 2
Qualcomm baru-baru ini telah melancarkan cip Snapdragon 780G yang menggunakan proses fabrikasi 5nm yang sama seperti Snapdragon 888.

Walaubagaimanapun, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini dilaporkan sedang membangunkan satu lagi cipset midrange yang mungkin dipasarkan sebagai Snapdragon 778G 775G 

Selain itu, menurut satu leakster dari China, telefon pintar pertama yang akan menggunakan cipset Snapdragon 778G 775 ini adalah Honor 50.

Dalam pada itu, Honor 50 adalah satu-satunya model didalam keluarga Honor 50 yang akan hadir dengan cip Snapdragon 778G 775G kerana dua lagi model iaitu Honor 50 Pro dan Honor 50 Pro+ pula akan menggunakan cip Snapdragon 888.

Walaubagaimanapun, buat masa ini pelancaran telefon pintar Honor 50 Series masih belum diketahui namun ianya dijangka akan berlangsung pada bulan Jun

Selain itu, kerjasama Honor dengan Qualcomm yang merupakan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga memberikan petunjuk bahawa kemungkinan besar telefon pintar ini akan hadir dengan Google Mobile Services.

Akhir sekali, akses kepada GMS mungkin akan mengembalikan semula kegemilangan jenama Honor yang kini bukan lagi dibawah pemilikan HUAWEI.

sumber

*kemaskini – Honor telah mengesahkan bahawa Honor 50 akan hadir dengan cip Snapdragon 778G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.