Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 2 Pro, Buds Wireless 2 dan Buds Wireless 2 Neo akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mei ini


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu lagi majlis pelancaran produk AIoT akan diadakan pada 20 Mei ini dan ianya akan menyaksikan beberapa produk AIoT yang pertama kali memasuki pasaran global.

Antara produk yang pertama kali dilancarkan dipasaran adalah realme Watch 2 Pro, realme Buds Wireless 2 dan realme Buds Wireless 2 Neo.

Selain itu, realme AIoT Sports Launch juga akan menyaksikan pelancaran realme Pocket Bluetooth Speaker yang membolehkan anda mendengar muzik dimana sahaja.

Majlis pelancaran produk AIoT terbaru realme ini akan berlangsung pada 20 Mei pada jam 12 tengahari dan ianya boleh disaksikan secara langsung di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.