Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini – hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 1


Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 2Pocophone telah mengesahkan bahawa Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mei ini dan ianya akan menggunakan cip pemprosesan 7nm MediaTek Dimensity 700.

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 3

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 4

Selain itu, Poco melalui akaun twitter rasmi mereka juga telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini dan antaranya adalah skrin paparan 90Hz DotDisplay berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ yang juga memiliki ciri DynamicSwitch (kadar segar semula berubah mengikut keperluan kandungan).

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 5

Beralih kepada bahagian kamera, Poco M3 Pro 5G akan hadir dengan tiga sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP bersama-sama dua sensor lain yang tidak lagi diumumkan lagi namun ianya mungkin dilengkapi satu sensor ultrawide 8MP dan sensor depth/makro 2MP.

Poco M3 Pro 5G akan dilancarkan 19 Mei ini - hadir dengan skrin 90Hz dan cipset Dimensity 700 6

Seterusnya, Poco M3 Pro 5G juga telah disahkan akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 18W.

Majlis pelancaran Poco M3 Pro 5G akan berlangsung pada 19 Mei ini bermula jam 8 Malam  dan anda boleh saksikan pelancaran ini di  SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.