Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini rasmi – tiba di Malaysia hujung bulan ini

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini rasmi - tiba di Malaysia hujung bulan ini 9
Selepas pelancaran Asus ROG Phone 5 beberapa bulan lalu, Asus kini telah memperkenalkan telefon pintar flagship Zenfone iaitu Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8.

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini rasmi - tiba di Malaysia hujung bulan ini 10

Asus Zenfone 8 Flip

Asus Zenfone 8 Flip adalah telefon pintar yang hadir dengan kamera flip sesuai dengan namanya dan ianya hadir dengan skrin paparan Samsung all-screen AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Dalam pada itu, skrin paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 6 dan terdapat juga sensor capjari terbina dalam skrin.

Dari segi cip pemprosesan, Asus Zenfone 8 Flip hadir dengan cip flagship terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 888 yang dipadankan dengan 8GB RAM jenis LPDDR5 dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera berputar Zenfone 8 Flip, ianya menampilkan tiga sensor kamera iaitu satu sensor utama 64MP Sony IMX686, satu sensor ultrawide 12MP Sony IMX 363 yang juga menyokong mod makro dan sensor telefoto 8MP.

Memandangkan modul kamera ini berputar, Asus Zenfone 8 Flip tidak mempunyai kamera selfie namun anda mempunyai kemudahan menggunakan sensor kamera utama telefon pintar ini sebagai kamera selfie.

Pada bahagian bateri pula, Asus Zenfone 8 Flip tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilengkapi dengan pengecasan pantas (30W) QC 4.0 dan PD Charging.

Lain-lain spesifikasi Asus Zenfone 8 Flip adalah Wi-Fi 6E (tri-band 2.4GHz/5.0GHz/ 6.0GHz WiFi), Bluetooth 5.2, NFC, Dual 5G dan satu slot MicroSD yang menyokong tambahan 2TB dan ZenUI 8 yang berasaskan Android 11.

Asus Zenfone 8 Flip akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Galatic Black dan Glasier Silver.

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini rasmi - tiba di Malaysia hujung bulan ini 11

Asus Zenfone 8

Asus Zenfone 8 adalah model flagship yang lebih kompak dan pada beberapa aspek lebih baik dari Zenfone 8 Flip.

Seperti Zenfone 8 Flip, Asus Zenfone 8 juga memiliki cip pemprosesan Snapdragon 888 dan modul kamera yang sama namun tanpa sensor telefoto.

Bercakap memgenai skrin paparan, Asus Zenfone 8 hadir dengan panel Samsung AMOLED berukuran 5.9-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz.

Panel skrin ini menawarkan resolusi FHD+ dan ianya juga turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus. Terdapat juga kamera selfie punch-hole 12MP Sony IMX663.

Selain itu, pemproses Snapdragon 888 ini dipadankan dengan 3 kapasiti RAM jenis LPDRR5 iaitu 6GB,8GB dan 16GB manakala storan dalaman adalah 64GB(UFS2.1), 128GB dan 256GB menggunakan jenis UFS 3.1 yang lebih pantas.

Asus Zenfone juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas (30W) Quick Charge 4.0 dan PD Charging.

Akhir sekali, Asus Zenfone 8 tampil dengan WiFi 6E, Tri-Band WiFi, Bluetooth 5.2, ZenUI 8 berasaskan Android 11 dan sensor capjari dalam skrin.

Asus Zenfone 8 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Obsidian Black dan Horizon Silver.

Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 kini rasmi - tiba di Malaysia hujung bulan ini 12

Harga dan Tarikh Pelancaran di Malaysia

Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa Asus Zenfone 8 Flip dan Zenfone 8 akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini namun buat masa ini harga bagi pasaran tempatan masih diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.