Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peraduan fotografi Vivo Vision 2021 kini bermula dan terbuka untuk semua


Vivo Malaysia telah berganding bahu bersama Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) bagi melancarkan pertandingan fotografi vivo Vision 2021 yang akan berlangsung dari 11 Mei sehingga 8 Jun 2021.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan vivo menjemput mereka untuk meneroka kawasan persekitaran menggunakan telefon pintar didalam keadaan yang selamat dan mematuhi SOP didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

vivo Vision 2021 Photography Contest ini terdiri daripada 4 kategori iaitu Nature, People, Raya dan Night yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 15,000 yang termasuk vivo X60, vivo TWS Neo Earbuds dan vivo Wireless Sport Earphone.

Tema Mingguan

Tempoh

Minggu 1: Xplore the Nature

11 Mei – 18 Mei

Minggu 2: Xplore the People

18 Mei – 25 Mei

Minggu 3: Xplore the Raya

25 Mei – 1 Jun

Minggu 4: Xplore the Night

1 Jun – 8 Jun

Peserta dikehendaki mengambil gambar menggunakan telefon pintar mereka mengikut tema mingguan, kemudian memuat naik  di Instagram berserta dengan hashtag #vivovision2021, tag @vivo_malaysia dan @malaysia_klpf.

Pelbagai penyertaan dibenarkan bagi mereka yang ingin berkongsi pelbagai gambar atau mereka yang ingin menyertainya setiap minggu, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Berikut adalah langkah mudah untuk penyertaan: –

1. Ambil gambar dengan mana-mana telefon pintar mengikut tema minggu ini.

2. pengguna vivo digalakkan memasukkan watermark peranti vivo. Untuk pengguna bukan vivo, sila buang watermark.

3. Muat naik foto ke Instagram anda dengan hashtag # vivovision2021 dan tag @vivo_malaysia dan @malaysia_klpf.

4. Kongsi post peraduan Vivo ini pada Story Instagram akaun anda. Pastikan ini sesuai dengan tema yang anda sertai.

5. Komen “Joined” pada posting peraduan Instagram vivo mengikut tema setiap minggu.

Maklumat lanjut mengenai evivo Vision 2021 Photography Contest, boleh diketahui di Instagram dan laman rasmi vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.