Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony telah menjual 7.8 juta unit PlayStation 5 – stok dijangka terhad sepanjang tahun 2022

Sony baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ianya telah berjaya menjual 7.8 juta unit konsol Sony PlayStation 5 dan menyasarkan untuk menjual 14.8 juta unit lagi didalam masa 12 bulan berikutnya.

Walaubagaimanapun, laporan Bloomberg mendakwa Sony telah memberikan andaian bahawa stok PlayStation 5 tidak mampu memenuhi permintaan sepanjang tahun 2022.

Permintaan bagi konsol PlayStation 5 adalah sangat tinggi namun kekurangan semikonduktor global menyukarkan syarikat ini untuk meningkatkan pengeluaran.

Lebih-lebih lagi, Sony juga berkata bahawa permintaan tinggi terhadap PlayStation 5 ini bukan didorong oleh pandemik Covid-19 kerana dengan unit yang terhad, jumlah unit PlayStation 5 yang terjual adalah lebih tinggi berbanding PlayStation 4.

Bagi PlayStation 5 di Malaysia, permintaan dilihat masih lagi tinggi dengan pihak Sony Malaysia membuka pra-tempahan secara berkala yang kini telah memasuki kumpulan ke 5.

Walaubagaimanapun, rata-rata pengunaan di Malaysia juga tidak berpuas hati dengan cara pra-tempahan ini yang dibuat melalui platfrom  e-dagang Lazada kerana ianya mudah di exploitasi oleh golongan tidak bertanggungjawab yang ingin menjual semula PlayStation 5 pada harga yang lebih tinggi.

Harga PlayStation 5 di Malaysia adalah RM 1,869 pada versi Digital dan RM 2,299 bagi versi Disc.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.