Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 2 mula ditawarkan di Malaysia pada 20 Mei ini – harga promosi RM 149 di Shopee


realme Watch 2 yang diumumkan bersama-sama 6 lagi produk di AIoT Grand Launch Season 3 minggu lalu kini telah disahkan akan mula dijual si Malaysia mulai 20 Mei ini.

realme Watch 2 ini akan hadir dengan harga RM 299 namun pada 20 Mei ini, ianya akan ditawarkan pada harga RM 129 sahaja iaitu secara eksklusif di stor rasmi realme di Shopee.

realme Watch 2 merupakan model susulan bagi realme Watch dan jam pintar ini hadir dengan skrin paparan berukuran 1.4-inci yang juga menyokong 90 mod aktiviti kecergasan dan sehingga 12 hari jangka hayat bateri.

Dapatkan realme Watch 2 di Shopee

Selain itu, realme juga telah mengumumkan akan menawarkan realme Cobble Bluetooth Speaker pada harga RM 99 mulai 13 Mei ini yang juga dijangka akan menjadi tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

realme Cobble Bluetooth Speaker akan ditawarkan di semua realme authorised stor tapi jangan lupa Kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.