Samsung Galaxy A82 5G dengan skrin QHD+ 120Hz & Snapdragon 855+ akan dilancarkan tidak lama lagi
Samsung Galaxy Quantum 2 yang telah dilancarkan di Korea Selatan dilihat bakal memasuki pasaran global dibawah nama Samsung Galaxy A82 5G.
Walaubagaimanapun, Samsung masih belum memberikan sebarang pengesahan rasmi mengenai Galaxy A82 5G namun telefon pintar ini telah disenaraikan sebagai model yang akan menerima kemaskini keselamatan setiap 3 bulan.
Samsung Galaxy Quantum 2 atau Galaxy A82 5G ini hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+, cipset Snapdragon 855+ yang merupakan cip flagship berusia hampir 2 tahun serta bateri berkapasiti 4,500mAh.
Beralih kepada kamera, Galaxy A82 5G tampil dengan tiga sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor makro 5MP. Kamera selfie adalah 10MP.
Bercakap mengenai cipset, telefon pintar Samsung ini hadir dengan cip Snapdragon 855+ yang berusia hampir 2 tahun namun ianya tampil dengan sokongan 5G dan pretasi yang masih relevan.
Selain itu, apa yang mungkin membezakan Galaxy Quantum 2 dan Galaxy A82 5G adalah cip keselamatan QRNG.
Pelancaran rasmi Galaxy A82 5G mungkin berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.