Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Counterpoint Research : MediaTek akan kekal syarikat pembekal cipset No.1 dunia bagi tahun 2021

Counterpoint Research : MediaTek akan kekal syarikat pembekal cipset No.1 dunia bagi tahun 2021 7
Laporan analisa pasaran terkini daripada Counterpoint Research mendakwa pasaran cip pemprosesan akan menyaksikan dominasi dua syarikat utama global iaitu MediaTek dan Qualcomm.

Counterpoint Research : MediaTek akan kekal syarikat pembekal cipset No.1 dunia bagi tahun 2021 8

Counterpoint mendakwa bahawa MediaTek akan menguasai pasaran cipset global dengan 37% diikuti oleh Qualcomm dengan 31% namun syarikat gergasi AS ini menguasai pasaran cipset 5G global.

MediaTek dijangka akan mempunyai kelebihan berbanding Qualcomm untuk tahun 2021 kerana kekurangan RFIC (radio-frequency integrated circuits) yang dibekalkan oleh Samsung melalui kilang pengeluaran di Austin, Texas.

Counterpoint Research : MediaTek akan kekal syarikat pembekal cipset No.1 dunia bagi tahun 2021 9

Bercakap mengenai pasaran cipset 5G, penggunaan cip 5G kini sudah diperluas dan Qualcomm dijangka akan mencatatkan prestasi jualan yang lebih baik pada pertengahan kedua tahun ini iaitu selepas isu pengeluaran ditangani.

Walaubagaimanapun, perebutan untuk kedudukan pendahulu dijangka sangat sengit dengan perbezaan antara tiga pemain utama global adalah minima.

Lebih-lebih lagi, 9 daripada 10 telefon pintar 5G dipasaran pada tahun 2021 adalah menggunakan cipset daripada Qualcomm, Apple atau MediaTek.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.