Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini Purple kini ditawarkan di Malaysia


Apple iPhone 12 dan Apple iPhone 12 Mini didalam warna Purple kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan ianya merupakan warna terbaru bagi iPhone 12 yang diumumkan pada majlis pelancaran Apple bulan lalu.

Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini ini telah mula ditawarkan di Apple Online Store dan pengedar rasmi Apple seperti Switch, Machines dan banyak lagi.

Harga penjualan Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini warna Purple ini adalah sama seperti warna lain.

Berikut adalah harga Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini :

iPhone 12 64GB – RM 3,899

iPhone 12 128GB – RM 4,099

iPhone 12 256GB – RM 4,599

iPhone 12 Mini 64GB – RM 3,399

iPhone 12 Mini 128GB – RM 3,599

iPhone 12 Mini 256GB – RM 4,099

Dalam pada itu, tinjauan kami di stor atas talian Machines mendapati iPhone 12 dan iPhone 12 mini ditawarkan pada harga yang lebih murah iaitu dari RM 3,079.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.