Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canalys : 347 juta unit telefon pintar telah dijual pada suku pertama 2021, Samsung kekal No.1


Laporan terbaru daripada Canalys mendedahkan bahawa jualan telefon pintar pada suku pertama 2021 telah meningkat sebanyak 27% berbanding suku yang sama tahun lalu kepada 347 juta unit.

Seperti biasa, Samsung masih menerajui pasaran telefon pintar global dengan 22% atau 76.5 juta unit telefon pintar pada suku pertama 2021.

Dalam pada itu, Apple berada ditempat kedua dengan 15% pegangan pasaran iaitu 52.4 juta unit iPhone. Mengulas lebih lanjut mengenai prestasi Apple ini, Canalys berkata bahawa jualan iPhone 12 Mini tidak seperti dianggarkan namun permintaan yang tinggi bagi model iPhone 12 yang lain dan iPhone 11 menyaksikan syarikat Cupertino ini mencatatkan pertumbuhan yang baik.

Selain itu, Xiaomi pula berada ditempat ketiga dengan 14% pegangan pasaran dengan 48 juta unit telefon pintar terjual dan ini juga menjadi suku terbaik Xiaomi didalam sejarah syarikat ini dengan 62% peningkatan berbanding suku yang sama tahun lalu.

Oppo dan Vivo melengkapkan senarai lima syarikat terbaik masing-masing dengan 37.6 juta unit (11%) dan 36 juta unit (10%) telefon pintar terjual.

Huawei pula menduduki tangga ke-7 dengan 18 juta unit telefon pintar pada suku pertama dan bekas syarikat No.1 dunia ini masih terkesan dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.