Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4 kini di Malaysia dari RM 2,299 sahaja – pra-tempahan mulai 28 April 2021


Black Shark Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Black Shark 4 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 28 April ini pada harga dari RM 2,299 sahaja.


Black Shark 4 hadir dengan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.67-inci keluaran Samsung dan ianya menyokong kadar segar semula 144Hz selain kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Kepada cipset pula, Black Shark hadir dengan pemproses Snapdragon 870 4, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan 128GB storan dalaman jenis UFS 3.1

Beralih kepada bateri pula, Black Shark 4 dan hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan pengecasan pantas 120W yang mana pengecasan penuh dari 0-100% boleh dilakukan didalam masa kurang dari 15 minit.

Pada bahagian kamera, Black Shark 4 menampilkan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor 5MP.  telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 20MP.

Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai butang shoulder yang boleh di pra-tetap, sensor capjari dalam skrin dan butang kelantangan bunyi dibahagian sisi kiri.

Black Shark 4 juga hadir dengan JOYUI 12.5 yang berasaskan Android 11 dan beberapa ciri tambahan yang menjadikan pengalaman gaming yang lebih imersif.

Black Shark 4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Magic Black, plain Black, dan plain Silver.

Pra-tempahan bagi Black Shark 4 akan dibuka di Shopee mulai esok pada harga dari RM 2,299.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai lebih dari RM 500 :

  • 1 tahun perlindungan  skrin
  • Tempered glass
  • Black Shark Carry Case
  • Black Shark Gaming mousepad
  • Black Shark face mask
  • Mobile Legend Ultimate Esports Box

Buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi Black Shark 4 dengan kapasiti storan dalaman yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.