Xiaomi jalankan ujian ketahanan pada engsel Mi Mix Fold – terbukti mampu bertahan sehingga 400,000 bukaan dan lipatan
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Xiaomi Mi Mix Fold pada hujung bulan lalu dan ianya mendapat sambutan yang sangat baik di China.
Mi Mix Fold kini rasmi – telefon pintar foldable pertama Xiaomi pada harga sekitar RM 6,309
Apabila melibatkan telefon pintar foldable, ketahanan mekanisma lipatan telefon pintar pasti menjadi persoalan dan Mi Mix Fold juga tidak terkecuali.
Bagi menjawab keraguan ini, Xiaomi telah menjalankan ujian ketahanan pada Mi Mix Fold dan engsel telefon pintar ini telah terbukti mampu melalui 400,000 lipatan atau secara kasarnya 10 tahun pengunaan normal.
Ujian ini telah dilakukan secara langsung di China yang mana Mi Mix Fold dilipat dan dibuka selama 7 hari tanpa henti.
Walaubagaimanapun, ujian ini juga boleh dikatakan adalah agak kasar dan situasi kegunaan sebenar mungkin tidak seperti itu.
Buat masa ini Mi Mix Fold masih belum ditawarkan di Malaysia.