Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April ini


realme secara rasminya telah mengumumkan realme 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April ini

realme 8 Pro adalah model yang mencuri tumpuan kerana ianya menjadi telefon pintar pertama realme dengan sensor 108MP namun cipset dalaman menyaksikan realme 8 Pro kekal menggunakan cipset Snapdragon 720G.

realme 8 Pro hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 60Hz berukuran 6.4-inci selain touch sampling rate 180Hz.

Dari segi RAM, realme 8 Pro ditawarkan didalam dua kapasiti RAM iaitu 6 atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB dan terdapat slot microSD.

Sebab utama anda patut mempertimbangkan realme 8 Pro adalah kerana kameranya, telefon pintar ini hadir dengan sensor 108MP Samsung HM2.

Sensor utama ini juga dipadankan dengan sensor biasa yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar realme lain dipasaran iaitu sensor Ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.


Beralih kepada bateri, realme 8 Pro memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan adapter pengecasan 65W namun kadar pengecasan maksima yang ditawarkan telefon pintar ini adalah 50W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 47 minit.

Selain itu, realme 8 Pro juga menyokong sensor capjari terbina dalam skrin dan Always On Display.

realme 8 Pro mungkin ditawarkan didalam tiga warna iaitu Illuminating Yellow, Infinite Black dan Infinite Blue.

Anda boleh saksikan sendiri majlis pelancaran realme 8 Pro di Malaysia pada 22 April ini pada jam 12 tengahari di Facebook realme Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.