Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem kini ditawarkan dari RM 4,599 sahaja


Promosi bagi telefon pintar flaghsip Samsung dilihat semakin menarik dan terbaru Samsung Malaysia telah mengumumkan penawaran Pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem bagi Samsung Galaxy S21 5G dan Samsung Galaxy S21+ 5G.

Pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem ini terdiri daripada telefon pintar Galaxy S21 256GB (RM 3,699) atau Galaxy S21+ 256GB (RM 4,299), Galaxy Buds Pro(RM 799) dan Galaxy Watch Active2 (RM 799) dengan harga pek ini adalah dari RM 4,599.

Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack bagi Samsung Galaxy S21 5G ianya ditawarkan pada harga RM 4,599 sahaja iaitu RM 698 lebih murah berbanding pembelian secara berasingan manakala pek bagi Galaxy S21+ 5G pula ditawarkan pada harga RM 5,099 iaitu penjimatan sebanyak RM 798 jika dibeli berasingan.

Walaubagaimanapun, anda juga akan menjadi antara pemilik eksklusif pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem kerana hanya 1,000 unit akan ditawarkan untuk jualan.

Pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem ini boleh dibeli di stor Samsung Experience , wakil penjual sah dan online store.

Maklumat lanjut mengenai Pek Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem di SINI

Promosi ini adalah dari 15 hingga 30 April 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.