Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Drone DJI Air 2S kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 4,499

DJI secara rasminya telah mengumumkan drone terbaru syarikat ini iaitu DJI Air 2S.

DJI Air 2S adalah drone pertama  bersaiz ini untuk mengambil gambar 20-megapiksel atau video 5.4K dengan sensor satu inci yang sebelum ini hanya ditawarkan pada drone yang lebih besar.

DJI membolehkan penciptaan kandungan imaginatif dengan mudah melalui ciri MasterShots yang terkini.

Waktu penerbangan DJI Air 2S mampu mencapai sehingga 31 minit dan ianya turut dilengkapi sensor rintangan empat-arah membolehkan juruterbang fokus pada penerbangan sementara sistem keselamatan drone bertujuan untuk memberi amaran apabila rintangan semakin dekat.

APAS 4.0 pula adalah sistem autopilot paling maju pada drone DJI yang apabila dihidupkan mampu menggerakkan drone dengan lancar di sekitar objek.

O3, generasi ketiga OcuSync oleh DJI, merupakan teknologi perhubungan yang terhebat dalam pasaran dan ia tersedia dalam DJI Air S2 untuk sambungan yang stabil bagi drone mudah alih ini.

Mod FocusTrack yang dinaik taraf merangkumi rangkaian mod yang diprogramkan seperti Spotlight 2.0, ActiveTrack 4.0 dan Point of Interest 3.0 yang meniru fokus, kawalan dan pergerakan pengendali video profesional.

DJI Air 2S mampu mengambil gambar 20 megapiksel, video 5.4K pada 30fps atau 4K pada 60fps dan 150Mbps.

Sensor kamera satu inci yang digunakan adalah lebih besar daripada sensor pada Mavic Air 2 yang asal dan ia menawarkan ukuran piksel yang lebih besar dari 2.4μm.


Sensor ini juga membolehkan anda mendekati subjek tanpa menggerakkan drone melalui zoom digital baru yang menyokong zoom 4X pada 4K 30fps, 6X pada 2.7K 30fps, 4X pada 2.7K 60fps, 6X pada 1080P 60fps dan 8X pada 1080P 30fps.

Gimbal mekanikal tiga paksi terkenal DJI mampu melancarkan rakaman untuk kualiti tahap profesional dan storan dalaman 8GB juga telah ditambah.

DJI Air 2S menggunakan empat antena kelas tinggi dan versi terbaharu teknologi penghantaran OcuSync milik DJI, O3, untuk memastikan kestabilan pada jarak maksimum 12km dan juga di kawasan dengan jumlah isyarat yang tinggi.

Sensor halangan depan, belakang, bawah dan atas yang baru ditingkatkan menggabungkan teknologi pengezuman untuk mengenali objek dari jarak jauh dengan kelajuan lebih cepat.

DJI Air 2S menggunakan versi Advanced Pilot Assistance System (APAS) 4.0 yang terkini dan paling maju yang membolehkan drone bergerak secara automatik dan lancar di sekitar, di bawah dan di atas rintangan.

Seperti model drone terbaharu DJI yang lain, sistem AirSense yang tersedia pada DJI Air 2S mampu memberi amaran kepada juruterbang drone mengenai pesawat dan helikopter berdekatan yang menghantar isyarat ADS-B supaya mereka dapat terbang ke lokasi yang lebih selamat.

Ciri keselamatan standard DJI yang lain termasuk ciri Return-To-Home (RTH) yang ditambah baik.

Harga DJI Air 2S di Malaysia


Kombo standard DJI Air 2S akan ditawarkan pada harga RM 4,499 termasuk drone, alat kawalan jauh, satu bateri dan semua kabel dan bahagian yang diperlukan untuk penerbangan ke udara.

Kombo Fly More pula akan ditawarkan pada harga RM 5,799 dan ianya merangkumi segalanya seperti kombo standard dengan penambahan 2 bateri, ND Filter, hab pengecasan dan beg sandang.

Dapatkan DJI Air 2S di Shopee dan Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.