Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Band 6 mula ditawarkan di semua stor HUAWEI Experience – percuma satu tali jam tambahan


Jam kecergasan mampu milik HUAWEI Band 6 yang dilancarkan awal bulan ini akan mula dijual di semua HUAWEI Experience Stores (HES) mulai esok pada harga RM 219 sahaja.

Bagi meraikan penjualan ini, HUAWEI telah mengumumkan bahawa setiap pembelian HUAWEI Band 6 ini juga akan menerima satu tali jam tambahan secara percuma didalam warna hijau atau oren.

Bersama-bersama jualan offline ini, HUAWEI juga telah memgumumkan cabaran #CanYouBendChallenge yang menampilkan personaliti media sosial seperti YukiTan, Fazziq, Safwan, Gladish dan banyak lagi.

HUAWEI Band 6 merupakan Smart Band pertama syarikat ini untuk hadir dengan skrin paparan FullView AMOLED berukuran 1.47-inci (194×368) untuk operasi peranti yang lebih mudah.

Dalam pada itu, HUAWEI Band 6 juga menampilkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari manakala penggunaan secara agresif menjanjikan sehingga 10 hari dan 5 minit pengecasan menjanjikan anda sehingga dua hari pengunaan.

Bercakap mengenai aspek kesihatan dan kecergasan yang dimiliki HUAWEI Band 6, ianya mampu merekod kadar degupan jantung dan SpO2 24/7 dengan algoritma HUAWEI TruSeen™ 4.0 yang lebih cekap tenaga selain 96 kod kecergasan yang memastikan ada sahaja aktiviti kecergasan kegemaran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.