Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Redmi akan dilancarkan bulan ini


Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar gaming dibawah jenama Redmi akan dilancarkan pada penghujung bulan ini.

Redmi tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi telefon pintat gaming ini namun syarikat ini telah mengumumkan kerjasama dengan Call Of Duty Mobile bagi pelancaran telefon pintar ini.

Selain itu, telefon pintar gaming Redmi ini juga dijangka akan menggunakan cipset Dimensity 1200 SoC, skrin paparan OLED , bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 65W.

Dalam pada itu, sebagai sebuah telefon pintar gaming, telefon pintar Redmi ini juga akan mempunyai butang shoulder trigger.

Redmi dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar gaming ini didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.