Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip2 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2021

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip2 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2021 1

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip2 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2021 2
Bermula dari pelancaran siri flaghsip Galaxy S21, Samsung telah menganjakkan jangka masa pelancaran hampir satu bulan lebih awal dan laporan terbaru mengatakan pelancaran siri telefon pintar foldable Galaxy Z juga dijangka berlangsung lebih awal berbanding tahun lalu.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Akhbar Korea Selatan iaitu TheElec melaporkan bahawa pelancaran Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip2 dijangka berlangsung pada bulan Julai.

Samsung Galaxy Z Fold3 dijangka akan hadir dengan skrin paparan LTPO yang menawarkan sensor capjari dibawah skrin dan sokongan S-Pen manakala bateri telefon pintar ini dikatakan sekitar 4,380mAh bagi memberikan profil reka bentuk yang lebih nipis.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold3 juga akan menggunakan skrin paparan utama berukuran 7.55-inci iaitu lebih kecil dari skrin paparan utama Z Fold2 yang berukuran 7.6-inci.

Buat masa ini pihak Samsung masih belum mengesahkan sebarang tarikh pelancaran siri Galaxy Z ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.