Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro generasi baharu dengan skrin mini-LED mungkin dilancarkan bulan ini

Satu laporan daripada Bloomberg mendakwa bahawa Apple masih didalam perancangan untuk melancarkan generasi baharu iPad Pro pada bulan ini walaupun mempunyai masalah kekurangan bekalan komponen.

Masalah yang dihadapi Apple adalah kekurangan bekalan panel skrin mini-LED yang akan digunakan sekurang-kurangnya pada satu modelĀ iPad iaitu iPad Pro 12.9-inci.

Buat masa, masih belum ada pengesahan samada iPad Pro 11-inci akan menerima panel skrin mini-LED atau kekal dengan skrin LCD namun kedua-dua model ini dijangka akan dilancarkan serentak (iPad Pro 12.9-inci dijangka akan dijual lebih lambat dan dalam kuantiti yang terhad).

Selain itu, penggunaan panel mini-LED dilaporkan akan meningkatkan kadar kecerahan dan kontras iPad Pro.

Akhir sekali, kesemua model baharu iPad Pro ini dijangka hadir dengan cipset Apple A14X dan slot Thunderbolt 4 yang membawa kebolehan iPad Pro sama seperti pada komputer Mac.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.